KOMARIYAH BINTI RUSLAN (D20102042701)

Khamis, 8 Disember 2011

KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA



Firman Allah Taala Dalam Surah Luqman Ayat 14

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ

Maksudnya :Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya).

Quran menyebut ibu yang mengandung berada dalam keadaan lemah di atas lemah. Suatu kesusahan yang bukan calang-calang orang sanggup memikulnya kecuali ibu-ibu terpilih..Buktinya apa?

Buktinya, ramai juga ibu yang menggugurkan anak dan tak sanggup mengandung. Ada yang buang anak merata-rata seperti dalam longkang, tepi tong sampah, dalam tandas dll.

Sekarang ni cuba awak fikir betapa baiknya ibu bapa awak tak buang awak tepi longkang tetapi memilih untuk membesarkan awak dengan memenuhi segala keperluan awak sehingga awak besar.

Dengan mengenang jasa-jasa inilah kita mampu menjadi anak yang kasih kepada ibu bapa meskipun berkemungkinan ibu bapa tidak dapat memenuhi segala keperluan kita atau mungkin kadang-kadang mereka sedikit mengabaikan tugas mereka tetapi jasa mereka kepada kita tidak sedikit.

Belajarlah untuk mengasihi mereka ketika mereka masih ada sebelum sampai waktunya kita hanya mampu merindui mereka dari jauh disebabkan mereka telah menyahut seruan untuk bertemu dengan Allah.

rujukan : klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan